Thursday, February 24, 2011

EG9 Modifikasi B20Vtec

Permulaannya Di Sini
Pada Bulan 11 2010 tahun lepas, aku pegila gatal2 tangan nak upgrade engine aku. Almaklumlah tengah berduit masa tuh. Aku pun tanya la tokey kedai nie, XH Racing Taman Johor Jaya, quotation untuk rebuilt engine yg lebey power.


Quotation




Pastuh Ah-Tiong nie (Tokey kedai) cakap, pakai enjin B20B block CRV memang mantap, dan harga untuk rebuilt pun murah (lebey kurang 4k), jika berbanding masukkan hafkat enjin b18c type-r 13K. Memandang head aku pun dah pakai CTR nyer cam, valve spring, retainer sumer. Apa lagik, aku pun layan la. Dah alang-alang nak drop enjin, aku pun tanya la quotation untuk gearbox LSD 4.785 S80 DC2 Type-R nyer. Harga pun munasabah , sekaligus aku tukar la gearbox tu. Antara barang2 lain yang aku tukar, DC2 complete front arm, short shifter dc2, full piping 2.5 inch dan pump2 yang dah nak barai.

Testing
Selepas 3 Minggu menanti (pomen janji 2 minggu), akhirnya civic aku pun keluar la dari operation room. Uhuhuh. Gembira rasanya nak rasa torque yang lebih besar. Masa berpantang sebanyak 5000km diperlukan sebelum proses dyno dijalankan. First bila aku bawak kereta aku, aku dpt rasakan lonjakan dan tarikan yg amat kuat pada low rpm, walaupun x bukak VTEC. Aku tak tahu lak rasanya kalau bukak vtec kan. Bunyi enjin pun agak lain, dulu agak nyaring, tetapi kali nie.. agak garau sikit bunyinya.. gegaran pada kereta pun bertambah.. maybe sebab pakai mounting standard kot.
Dyno
Selepas habis pantang 5000KM, aku pun bergegas pergi ke Workshop tuh semula. Aku upah mereka untuk pasang Skunk2 Intake Manifold ngan AEM FPR yang aku baru beli dari KEN Racing Shop, Sunway. Setelah selesai proses pemasangan, penggantian minyak hitam dan oil filter, kereta aku pun dibawa ke kedai DYNO dekat area permas jaya, SPEEDWORK.

Kecewa
Dari pukul 12 tgh hari sampai pukul 8 malam aku tunggu kereta aku habis dyno, tetapi berita sedih yang aku terima. Ah tiong panggil aku ke kedai dyno berkenaan dan menerangkan problem yang terjadi. Katanya, ketika dyno sedang dijalankan (WOT) wide open throttle, kereta aku mengalami clutch slip, dan sekaligus telah menyebabkan enjin aku rosak. 'Bearing sudah makan' katanya lagi. Pada malam itu aku membawa pulang kereta aku dalam keadaan hampa dan sedih, terdetik di hati aku berkata. Kenapa dia x stop dyno kalau tahu clutch aku slip, yang buat aku pelik.. clutch boleh slip time WOT. Dan tiba2 aku teringat akan kata-kata beliau "I pun silap tidak tukar itu oil pump", pada pendapat akula, minyak x sampai, sebab dia masih menggunakan oil pump aku yg lama, yang hampir rosak tuh. Aku tersangat marah masa tuh, seperti ditipu oleh si Ah-Tiong nie. Takpa memandangkan dia akan membaikpulih enjin aku dengan harga yg agak murah, aku masih bersabar, RM800 terbang masa tuh.








VTEC? APA TUH?



VTEC (Variable valve Timing and Lift Electronic Control), tuh dari segi bahasa Inggerisnya. Saya yakin semua orang tahu Honda yang develop teknologi VTEC nie. VTEC beroperasi dengan menukarkan menukarkan cam lobe normal kepada cam lobe yang lebih agresif untuk mendapat kuasa pecutan yang lebih pada RPM yang tertentu. Ini bermakna, dengan menggunakan teknologi VTEC, kuasa pecutan akan dapat dimaksimumkan sama ada di RPM rendah mahupun tinggi (ala turbo).
Bagaimana VTEC Berfungi.
VTEC akan dikawal oleh ECU (Engine control unit, berbentuk kotak kecik seperti mini komputer) untuk proses pembukaan dan penutupan. Kebiasaanya VTEC akan berfungsi pada skala 5.8k RPM, bergantung kepada powerband yang dihasilkan. Jika VTEC dibuka terlalu awal, kebarangkalian untuk kehilangan kuasa pecutan pada RPM rendah akan terjadi. Tekanan minyak yang dihasilkan didalam enjin akan menggerakkan locking pin pada rocker, menyebabkan ketiga2 rocker bergabung sekaligus akan mengaktifkan cam agresif. Kebanyakkan drag car, track car, akan menggunakan VTEC Killer CAM, dimana cam agresif akan digunakan sepenuhnya.
Dibawah saya sertakan video animasi bagaimana vtec berfungsi, yang telah diambil dari youtube.